Pasal tafsir surah Al BAqarah ayat 54 tu, menurut tafsir Jalallain dan Tafsir yang ditulis Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, yang dimaksudkan dengan bunuh diri itu ialah seperti berikut. Saya ceritakan ringkas supaya senang faham. Semasa NAbi Musa a.s. menghadap Allah di gunung Tursina mengambil kitab Taurat, Samiri, seorang Yahudi telah mengukir sebuah patung lembu yang boleh bercakap. lalu dia pun menyuruh orang2 Yahudi yang sedang menunggu kepulangan Musa a.s. supaya menyembah lembu tersebut kerana menurutnya Musa telah meninggalkan mereka. Nabi Musa a.s. meninggalkan mereka selama lebih 40 hari dan 40 malam menerima wahyu dari Allah.
Oleh sebab takjub dengan kebolehan lembu tersebut yg boleh berkata2, mereka pun menyembahnya. Bila Musa pulang, dia menjadi teramat berang dengan tindakan sebahagian dari orang2 yahudi tersebut. Lalu dia mencekak Janggut saudaranya Harun kerana membiarkan kaumnya terlibat dalam penyembahan berhala tersebut. Harun menyatakan bahawa mereka merupakan kaum yang amat degil dan tidak mahu mendengar kata2nya.
dipendekkan cerita, setelah mereka semua sedar bahawa apa yang dilakukan mereka dalam penyembahan berhala itu sesuatu yang salah, mereka pun ingin bertaubat kepada Allah di atas dosa mereka tersebut. Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui dan MAha Pengampun memberikan syarat kepada mereka jika benar mereka ingin bertaubat dengan bersungguh-sungguh, hendaklah mereka membunuh diri mereka. 'Bunuh diri' ini merupakan salah satu cara taubat mereka diterima. Allah s.w.t. mensyaratkan demikian sebagai ujian ke atas mereka kerana kaum Yahudi memang terkenal dengan sifat mereka yang takut mati. Pada ketika mereka rela mati semata2 untuk bertaubat dan mengharapkan keampunan Allah, tentu saja mereka benar2 mengidamkan taubat mereka diterima Allah. Bunuh diri di sini bukanlah bermaksud bunuh diri seperti mencabut nyawa sendiri, tetapi membawa maksud mereka yang tidak terlibat dalam penyembahan berhala tersebut diberi tangungjawab untuk membunuh saudara mereka yang menyembah berhala tersebut, laksana satu hukuman.
Jadi, menurut tafsir Jalallain, hampir 70,000 orang yahudi yang bertaubat itu dibunuh oleh saudara mereka seperti mana yang diperintahkan Allah dalam ayat ini. Harap jelas kepada saudara yang 'bunuh diri' itu bukan bermaksud mencabut nyawa sendiri, tetapi menyerahkan nyawa mereka untuk di hukum bunuh oleh kaum yahudi yang bersih dari perbuatan syirik tersebut. Keturunan Yahudi yang ada sekarang memang merupakan keturunan Yahudi yang terdapat pada zaman Nabi Musa ini dan yang terlibat dengan peristiwa ini. Bukan terhad kepada hanya yang menyembah lembu samiri, tetapi yang tidak berbuat demikian juga merupakan nenek moyang kpd yahudi yang wujud kini. Harap ia sedikit sebanyak membantu, Wallahua'lam..